Majlis Daerah Tapah
  



OFFICIAL
            Nama                : MAJLIS DAERAH TAPAH ,
                                     PERAK
              Alamat Jabatan    : Jalan Stesyen, 35000, 
                                     Tapah, Perak.
              Tarikh Penubuhan   : 01 September 1979
              No. Tel Pejabat     : +605-4011326/4012329
              No. Tel Fax         : +605-4012288
              Email                : mdtapah@tm.net.my

                        HALAMAN UTAMA

       
                    PANDANGAN TEPI 
  
Majlis Daerah Tapah (MDT) telah ditubuhkan pada 
01 September 1979 dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak No. PK.PU. 89/24.11.1979 dengan keluasan 14,628 hektar. Ia merangkumi kawasan di kiri dan kanan laluan utama dari sempadan Majlis Daerah Kinta Selatan hingga ke Trolak dan 10 rantai di kiri dan kanan jalan Sungkai / Kampung Menderang, Bidor/Teluk Intan, Tapah/Cameron Highland dan Temoh/Teluk Intan.
    
    Kawasan-kawasan yang dimasukkan di bawah pentadbiran MDT setelah berkuatkuasanya pengwartaan tersebut ialah:-
  • Lembaga Bandaran Tapah
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Temoh
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Air Kuning
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Chenderiang
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Banir
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Tapah Road
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bukit Pagar
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bidor
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Sungkai
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Bidor Stesyen
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Kampung Coldstream
Pentadbiran ini telah menyusun semula dan mewujudkan 3 jenis kawasan. Kawasan-kawasan tersebut adalah:
a) Kawasan Penguatkuasaan (Adoption Area)
Kawasan ini telahpun digezetkan dalam Plan Warta Daerah Tapah dan merupakan kawasan yang mempunyai potensi untuk diperluaskan.
b) Kawasan Perlaksanaan (Operational Area)
Kawasan ini merupakan kawasan di mana Majlis menjalankan aktiviti-aktiviti sepenuhnya mengikut kehendak Akta. Kawasan ini mempunyai keluasan 53.58 hektar.
c) Kawasan Pengecualian (Exemption Area)
Kawasan ini merupakan kawasan kampung-kampung Tradisional yang dikecualikan daripada bayaran cukai taksiran akan tetapi perkhidmatan Majlis diberi mengikut kemampuan. Bilangan kampong-kampung tradisional di dalam kawasan Majlis ini ialah 44 buah.


 
;