1. Pendahuluan
Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2014/2015, latihan ini berjalan selama 20 minggu iaitu bermula 1 Disember 2014 sehingga 17 April 2015.
Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri di Jabatan Teknologi Maklumat dan komunikasi Majlis Daerah Tapah. Di dalam jabatan ini, saya telah ditempatkan di bahagian Jabatan IT (Jabatan Teknologi Maklumat). Sepanjang latihan ini, saya diberi peluang untuk mengikuti pembelajaran yang terlibat menguruskan teknikal yang berkaitan. Perisian computer yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami keperluan kerja dan meninkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas serta meluas dalam selok-belok bidang Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).
2. Objektif latihan industri
Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam ko-kurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan Industri sebelum ini diperakukan untuk penganugerahan diploma dimana-mana pusat pengajian. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di Jabatan-jabatan Kerajaan atau Syarikat-syarikat Swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat pengajian.
Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah di tempuhi. Tujuan utama Latihan Industri ini diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar apabila para pelajar keluar dari politeknik nanti.
Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan ataupun teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di politeknik semasa menjalankan Latihan Industri dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang kreatif untuk kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga. Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat menimbulkan rasa bertanggunngjawab terhadap sesuatu amanah (kerja) serta keseimbangan serta dari segala aspek.

Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri, para pelajar dapat membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara rasional di dalam menangai masalah yang mana telah di berikan oleh majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para pelajar dapat menilai kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Para pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti terhadap cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.
Semoga dengan adanya Latihan Industri yang di jalankan ini mampu untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan Negara di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif dalam menjalani Latihan Industri ini adalah untuk :
a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.
b) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari dengan kerja-kerja praktikal.
c) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam industri.
d) Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas.
e) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja.
f) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian.
g) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap jurusan yang dipilih.
h) Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan.
3. Objektif laporan latihan industri
Antara beberapa objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam melakukan laporan Latihan Industri ini adalah seperti yang dinyatakan seperti berikut :
- Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan Industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
- Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri.
- Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.
- Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu kerja yang dibuat semasa Latihan Industri.
- Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.
4. Kepentingan latihan industri
Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan Industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan selesa untuk melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.
Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu pekerjaan. Selain itu juga, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran terbaru dalam Latihan Industri.
Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan, dan sikap kepada majikan. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang positif kepada majikan.
Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang pelajar itu semasa berada di Politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau menghadiri mesyuarat serta menyediakan tugasan dengan pekerja asing.

Melalui latihan ini, pelajar tersebut dapat menangani sesuatu masalah dengan bijaksana melalui pengalaman yang telah di lalui sebelum ini. Nilai hormat- menghormati terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar tersebut menjalankan Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan berkekalan pada masa hadapan.
Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan Latihan Industri adalah:
a) Untuk membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan.
b) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik atara pekerja dan kakitangan sesebuah organisasi.
c) Mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
d) Agar pelajar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau kekok apabila mula bekerja kelak.
e) Mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan dalam industri.
f) Mengaitkan teori kepada praktis dan sebagainya.
g) Membina keyakinan diri.
h) Memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan.
i) Menyediakan sebuah laporan rasmi setelah tamat latihan.