Pekan Tapah

               Tapah merupakan sebuah bandar di selatan negeri perak yang agak terkenal kerana ia    menjadi laluan utama untuk berkunjung ke Cameron Highland sebelum siapnya Lebuh Raya   Utara Selatan juga setelah siapnya,malahan laluan ini masih menjadi pilihan bagi pengguna jalan raya terutama bahagian pantai barat semenanjung sehigga kini.Selain menjadi ibu daerah Batang Padang,tapah juga merupakan sebuah lokasi penting bagi masyarakat kerana di kawasan inilah tertumpunya ibu pejabat segala jabatan kerajaan.
              Sejak tahun 1889 Tapah sebenarnya telah dibuka oleh pihak kolonis inggeris dan juga merupakan kawasan pentadbiran sebelum kemerdekaan lagi,kebanyakan bangunan lama-lama di sini di bina oleh mereka.Tapah dipilih oleh pihak inggeris kerana kedudukan lokasinya yang strategik iaitu bersebelahan dengan sungai Batanng Padang dan yang paling utama terletak antara kawasan utama perlombongan bijih timah ketika itu iaitu Chenderianng dan Bidor yang kaya dengan hasil bumi.
              Malahan sehingga kini banyak bangunan tinggalan pihak inggeris digunakan oleh kerajaan negeri bagi memelihara nilai sejarah bangunan tersebut antaranya bangunan Majlis Daerah Tapah,bangunan bersebelahan petronas Tapah dan berapa lagi bangunan yang masih dalam proses baik pulih. 

         


     






Permandangan 
     
    Taman 
       
   Malaysia 

    Tapah   








 
  




Jalan Pekan 
   Tapah
      








 Stesen Bas 
 
;