Sektor jabatan Teknologi Maklumat


Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) telah ditubuhkan pada     5 November 2007 dengan tujuan mengurus dan memantau pelaksanaan sistem ePBT dan ICT di Majlis Daerah Tapah. Bahagian ini diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) Gred F41 dengan perjawatan lengkap seperti berikut :
      -         Seorang PTM Gred F41 (Ketua Jabatan)
      -         Seorang Juruteknik Komputer Gred FT17
      -         Seorang Pembantu Tadbir/IT Gred N17

Objektif
  -  Untuk menyediakan kemudahan ICT yang bersepadu memalui proses kecemerlangan secara kos yang berkesan, cekap dan berkualiti.

Bahagian Sistem
  -  Bertanggungjawab menguruskan maklumat-maklumat Majlis supaya mudah diguna pakai pada bila-bila masa.
  -  Memastikan sistem-sistem yang telah dilaksanakan beroperasi dengan lancar dan integrasi antara sistem dapat dilakukan.
  -  Bertanggungjawab merancang,menyelidik dan membangunkan fasa-fasa projek komputerisasi jabatan.

Bahagian Penyelenggaraan
  -  Menerima dan memeriksa semua laporan / aduan kerosakan, infrastruktur dan kemudahan asas.
  -  Memastikan tindakan pembaikkan dilakukan.
  -  Menyediakan laporan dan spesifikasi kerja-kerja yang berkaitan infrastruktur dan kemudahan asas.
  -  Memastikan penyediaan projek penyelenggaraan dilakukan mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan.
  -  Mengesahkan kerja-kerja yang telah disiapkan.
 - Membuat kajian ke atas keperluan perkakasan dan perisian di jabatan sebelum proses pembelian dijalankan.

 
;