LAPORAN TEKNIKAL 4

  ADOBE PHOTOSHOP
Pengenalan :

Merekabentuk di dalam Photoshop adalah perisian penyunting imej yang boleh digunakan untuk mengubahsuaian sesuatu imej itu dan lukisan dengan menambah dan mengurus warna pada imej grafik. Photoshop didatangkan satu perisian yang komprehensif dengan pelbagai fungsi bagi memudahkan pengguna untuk memilih, melukis, merekabentuk imej, dan menyunting imej. Antara peralatan yang disediakan di dalam Adobe Photoshop ialah seperti ‘multiple undo’, pengurusan warna, pengurusan layer, ‘custom shape tool’ dan pelbagai lagi.

1. Fungsi Photoshop

                         Toolbox Photoshop

Toolbox disediakan bagi membolehkan memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat ‘croping image’, alat pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask, menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan ‘brushes’ iaitu alat untuk memberus dan ‘palettes’ iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej secara digital.

                             Layers

Kemudahan layers ini telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-kepingan yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar belakang imej atau ‘background’. ‘Background’ adalah lapisan yang dilindungi dimana ‘filter’ dan ‘effects’ tidak boleh digunakan pada lapisan ini. Di dalam layers juga menpunyai ‘Indicates layer visibility’ iaitu untuk hilangkan sesuatu gambar pada layers tersebut.
  
                                                                  History                  

History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda. Ini membolehkan memilih pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru, hanya klik pada history. Jika telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu membuat fail yang baru jika kehilangan punca semasa proses suntingan dilakukan. 



2 ) Kelebihan Photoshop

Kelebihan Adobe Photoshop terletak pada ‘filter’ dimana boleh menggunakan ‘filter’ yang sedia ada untuk menghasilkan efek-efek terentu pada imej, gambar dan merekabentuk. Boleh memasang ‘filter plug-in’ yang dibangunkan oleh pembangunan perisian yang lain. Sebaik sahaja dipasang, ‘filter’ baru akan dipaparkan di bahagian menu ‘filter’ bersama-sama dengan ‘filter’  sedia ada. Selain filter, kemudahan layer disediakan untuk melakukan banyak tugas seperti membentuk, menyembunyi, mempamer, menyalin dan membuang layer. 


3 ) Merekabentuk Banner

Langkah – langkah untuk menghasilkan satu rekaan banner ialah :

   -    Membuka Photoshop

           Gambar menunjukkan Adobe Photoshop akan dibuka
   

   - Buat fail baru klik ‘File’ > ‘New’ > ‘Preset’ : ‘custom’ , ‘witdh’ : 864 , ‘height’ : 288 di dalam ‘pixel’, ‘resolution’ 72, ‘color mode’ RGB Color 8 bit, dan ‘background white’.

                   Gambar Menunjukkan Tetapan Saiz
 
   - Saiz banner akan seperti ini.

                         Permukaan awal banner 
   

   - Memasukkan ‘background picture’ untuk mereka banner seperti pada gambar rajah di bawah, serta memperbaiki kedudukan gambar tersebut.
  
                             Background banner
   - Mulakan menaip perkataan pada banner tersebut dengan klik Pilih ‘Horizontal Text Type’ pada banner kemudian masukkan perkataan di dalam itu serta pilih ‘Set the Font Family’ : Gloucester MT Extra Condensed, ‘Set the font Style’ : Regular, dan ‘Set the Font Size’ : 36pt.
     

                     Tulisan dipaparkan pada Banner
               
- Mengubah suai kontra perkataan pada ‘Layer Style’ tick pada ‘Drop Shadows’, ‘Blend Mode’ : ‘Multiply’ pilih warna Hitam, tentukan ‘Opacity’ : 65 % , tetapkan ‘Angle’ : 120 tick pada kotak ‘Use Global Light’, ‘Distance’ : 5px, ‘Spread’ : 79% dan ‘Size’ : 6px tick pada kotak ‘Layer Knocks Out Drop Shadow’.  
     
                  Tetapan pada Layer Style

- Buka ‘File’ pilih ‘Open’ di mana terdapat gamabar tersebut untuk di masukkan sebagai contoh gambar Logo Majlis Daerah Tapah seperti di bawah.  

             Kedudukan Gambar untuk dimasukkan


    - Menambah kesan-kesan khas di ‘Layer Style’ pilih ‘Stroke’ pada logo berikut ‘Size’ : 2px, ‘Position’ : Outside, ‘Blend Mode’ : Normal, ‘Opacity’ : 100%, ‘File Type’ : Color dan ‘Colour’ : White.
      

                       Tetapan  pada Stroke

    - Memperbetulkan kedudukan gambar pada banner.

                   Sempena Sambutan Happy Christmas

 - Akhir sekali, ‘save’ rekaan banner itu di dalam format psd dan jpeg.

Selesai ‘save’ banner sebagai jpeg.

4 ) Antara contoh-contoh hasil rekaan banner iaitu:







 
;