Pengenalan
Latihan Industri yang
diadakan oleh pihak Politeknik merupakan satu langkah yang bijak bagi memupuk
semangat dan melatih para pelajar dalam bidang yang diceburi. Berpandukan
kepada Objektif Progam Latihan Industri memang mempunyai kebaikan yang lebih
daripada keburukkannya.
Dalam pemerhatian saya sepanjang menjalani Latihan Industri ( LI ) di
syarikat ini, saya telah menyenaraikan beberapa komen dan cadangan mengenai
syarikat ini. Pendapat ini bukanlah bertujuan untuk mengguris hati pihak tertentu
atau merendahkan syarikat. Hal ini adalah ikhlas dari pemerhatian saya selama 6
bulan menjalani latihan industri dan saya ingin memberikan komen yang membina
supaya pihak syarikat dapat meningkatkan lagi kualitinya dari semua aspek.
Pendapat dan Pandangan yang telah saya senaraikan ialah :
1. Di sepanjang menjalani Latihan Industri, saya telah
didedahkan dengan persekitaran professional iaitu dalam mengenal pasti tugas -
tugas seorang pekerja. Dari situ, saya dapat melihat bagaimana seorang
programmer dapat memainkan peranannya.
2. Hubungan yang agak baik antara saya, rakan – rakan
dan kakitangan di Majlis Daerah Tapah telah mewujudkan suasana yang begitu
ceria dan menyeronokkan antara kami semua dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim dan menjalinkan persahabatan yang pastinya
meninggalkan banyak kenangan manis, suka dan duka.
3. Latihan Industri sememangnya melatih kita di dalam
menggabungkan pengetahuan-pengetahuan atau teori-teori yang telah kita pelajari
sebelum ini dan mengaplikasikannya dalam amalan harian supaya ia dapat
meluaskan lagi pengetahuan kita.
Hasilnya apa yang telah dipelajari semasa di Politeknik Balik Pulau (
PBU) dapat membantu saya dalam mengenai kerja-kerja yang menggunakan perisian
Adobe Photoshop, Adobe Dreamveaver dan kerja - kerja lain.
4. Syarikat ini tidak menitik beratkan amaran papan
tanda
di larang merokok bagi kawasan yang terlarang. Tempat
letak kenderaan
bagi kereta adalah terhad menyebabkan
kesesakan kereta keluar masuk.
Cadangan-cadangan kepada Pihak Politeknik
dan Firma
Saya juga memberikan beberapa cadangan dan berharap
agar cadangan saya ini dapat dipertimbangkan. Antaranya ialah :
1.
Pihak politeknik haruslah sentiasa berhubung dengan
organisasi atau firma untuk mengikuti perkembangan semasa para pelajar yang sedang
menjalani latihan industri. Dengan ini, dapat menjalinkan perhubungan yang
lebih erat antara pihak Politeknik dan Organisasi. Pihak Organisasi lebih mudah
untuk mengambil para pelajar dari Politeknik untuk menjalani Latihan Industri
di tempatnya. Perkara ini mengelakkan kekeliruan atau salah faham antara
organisasi dan politeknik.
2.
Kebanyakkan syarikat tidak begitu memahami skop
pembelajaran sesetengah kursus yang di Politeknik. Oleh itu, saya ingin
mencadangkan agar pihak Politeknik memberikan penerangan dengan lebih jelas.
Hal ini akan memudahkan pihak firma untuk memberikan tugas-tugas yang berkaitan
dengan kursus kami supaya kita tidak menyimpang daripada kursus kita.
Menyediakan tempat-tempat khas bagi pelajar untuk menjalankan latihan industri
di syarikat ini dengan teratur dan jayanya.
3. Syarikat atau firma juga memainkan peranan penting
dalam memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang perkara yang bersesuaian
dengan kursus yang dipelajari oleh pelajar. Justeru pihak firma seharusnya
menyediakan peluang pekerjaan seperti tugasan kerja kepada pelajar. Pihak firma
juga seharusnya menyediakan sebarang bentuk ganjaran di atas tugasan yang
dilakukan oleh mereka. Dengan adanya ganjaran atau tunjuk ajar yang berkesan
dari pihak firma itu sendiri dapat menyemarakkan lagi semangat pelajar dan
dapat juga menarik minat mereka terhadap bidang tersebut.
4. Selain itu, pihak syarikat atau firma perlulah
menitik beratkan tentang permasalahan pelajar sepanjang menjalani sesi Latihan
Industri ( LI ). Memandangkan pelajar masih baru di alam pra pekerjaan, maka
bimbingan dan tunjuk ajar serta pemerhatian daripada pihak firma amat
diperlukan. Sekiranya tindakan ini tidak dapat dilaksanakan, maka para pelajar
menganggap pihak pengurusan firma syarikat tidak mengambil berat terhadap kerja
yang mereka telah laksanakan. Setiap pelajar harus diperhatikan oleh seorang
penyelia. Penyelia tersebut bertanggung jawab untuk membantu pelajar
menjalankan latihan industri dengan menunjukkan tunjuk ajar sebagai bimbingan
kepada pelajar yang menjalankan latihan industri sepanjang 6 bulan.